Game Clash Royal

Game Clash Royal

Penulis: Najwa Anuar

Download

Seiring dengan perkembangan teknologi, sudah terbukti bahawa manusia pada zaman sekarang ini semakin bijak berfikir dan lebih memerlukan permainan yang lebih mencabar. Generasi muda, terutamanya telah menjadi pemangkin untuk para pemaju permainan mencipta permainan yang mampu memuaskan hati penggunanya. Antaranya ialah Game Clash Royal, yang telah mendapat lebih 50 juta perhatian daripada pengguna di seluruh dunia. Permainan ini memerlukan anda untuk membuat strategi dan taktik yang mantap supaya anda dapat mengalahkan pihak lawan. Sebelum anda meneruskan permainan, anda perlu melalui peringkat pertama iaitu ‘Training Camp’, di mana ia bertujuan untuk mengasah bakat anda dalam peperangan dan memberi pengenalan kepada anda tentang cabaran yang bakal anda hadapi setelah anda mara ke peringkat seterusnya. Selepas anda melepasi peringkat tersebut, anda boleh mara ke peringkat yang lebih mencabar dan lebih kritikal. Pendek kata, semakin mara anda ke depan, semakin susah permainan ini, dan semakin banyak strategi yang perlu difikir bagi mengalahkan pihak lawan.

Game Clash Royal

Game Clash Royal

Bersemuka dengan Pihak Lawan Anda di Clash Royal Apk

Berbanding dengan permainan yang lain, permainan ini membolehkan anda bersemuka dengan pihak lawan. Letakkan askar-askar yang anda ada di tempat-tempat yang tertentu untuk menyerang pihak lawan. Pilih askar yang anda sukai, dan kalahkan pihak lawan dalam masa yang diberikan. Jika anda berjaya mengalahkan mereka, anda akan dapat merampas peti harta mereka dan takhta mereka. Apa yang menariknya ialah, anda akan mendapat kad-kad askar, duit dan macam-macam lagi dalam setiap peti harta mereka yang berjaya anda rampas. Daripada itu, anda boleh naik taraf askar anda menjadi lebih kuat dan mendapatkan bintang, supaya anda boleh naik ke peringkat yang lebih tinggi. Semakin banyak bintang yang anda kumpul, semakin tinggi peluang anda untuk mara ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, anda juga boleh mengumpul kad-kad askar daripada peti harta pihak lawan. Terdapat lebih 50 kad yang boleh anda kumpul dengan Clash Royal Apk. Jadi, tunggu apa lagi?

Download Clash Royal

Download Clash Royal

Sertai Puak-puak Terkemuka dalam game Clash Royal

Selepas anda berjaya melepasi peringkat ke-3, anda dapat menyertai puak yang anda inginkan. Jika anda berjaya masuk, anda boleh bergabung tenaga dengan mereka, bertukar-tukar kad, ataupun anda boleh cabar dan berlawan dengan ahli puak anda. Selain itu, terdapat juga segmen ‘Tournament’ di mana anda boleh mencabar kehebatan pemain di seluruh dunia. Jika anda berjaya mengalahkan mereka, makin berharga hadiah yang akan anda peroleh. Lakar nama anda di Leaderboard untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Namun begitu, terdapat beberapa peraturan yang perlu anda patuhi dalam Tournament ini. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menambah rakan anda dengan menyambung Clash Royal Apk ini dengan akaun Facebook anda. Dengan ini, anda juga dapat mencabar dan berlawan rakan-rakan anda.

Clash Royal apk

Clash Royal

Bukankah sudah terang lagi bersuluh bahawa game Clash Royal ini sangat hebat dan sesuai untuk anda? Jadi, download Clash Royal sekarang!

Free

APK file

Download



Game Clash Royal

Game Clash Royal

Seiring dengan perkembangan teknologi, sudah

Download Minecraft

Download Minecraft

Dengan perkembangan teknologi yang tidak

Research : Download play store download apk