Download Piano Tiles 2

Download Piano Tiles 2

Penulis: Najwa Anuar

Download

Jika anda berasa bosan di hujung minggu ataupun mempunyai masa terluang dan ingin bermain game online di telefon pintar Android anda, maka anda pastinya ingin mencuba game piano yang popular dalam kalangan pengguna Android iaitu Piano Tiles 2!

Selepas tersenarai sebagai salah satu ‘top games untuk tahun 2015’di Google Play Store, kini permainan piano online ini telah hadir dengan reka bentuk yang lebih menarik berbanding versi pertama nya yang cuma menggunakan animasi latar papan kekunci piano berwarna hitam dan putih. Piano Tiles 2 mempunyai rekaan dan latar yang berwarna warni dan ini turut membantu para pemainnya untuk bermain dengan lebih mudah kerana mereka cuma perlu untuk memastikan diri mereka menekan dan tidak terlepas papan kekunci berwarna hitam. Rahsia game piano ini cukup mudah;

 

rsz_download-piano-tiles-free

 

“Tekan papan kekunci berwarna hitam SAHAJA atau anda akan KALAH!”

Selain daripada mempunyai rekaan yang menarik dan mudah difahami (bukan sekadar hitam dan putih), proses download Piano Tiles 2 juga sangat mudah dilakukan. Anda cuma perlu mempunyai fail apk aplikasi ini dan kini game online ini akan menjadi game kesukaan anda! Anda boleh terus memilih lagu kesukaan anda di galeri musik yang disediakan sebaik sahaja proses download Piano Tiles 2 selesai dan terus bermain seperti seorang pianist. Mudah bukan?

Tak mencabar?

Jangan risau kerana cabarannya bermula apabila anda melepasi fasa pertama game piano ini. Piano Tiles 2 adalah game piano yang akan menguji tahap kepantasan anda untuk bermain piano. Setiap kali para pemain melepasi satu tahap yang ditetapkan, tahap kepantasan akan dinaikkan sedikit demi sedikit untuk menguji tahap kepantasan para pemain Piano Tiles 2. Buat para pemain yang berjaya melebihi tahap kepantasan tertentu, mereka akan diberikan beberapa anugerah (reward) yang membolehkan mereka untuk mengakses puluhan lagu-lagu lain yang ditawarkan oleh permainan ini. Anda tidak perlu risau jika anda tidak cukup pantas atau merasakan anda akan kalah dan tidak mampu mempunyai akses ke lagu-lagu lain kerana syaratnya anda cuma perlu melepasi fasa pertama permainan.

 

rsz_piano-tiles-for-android

 

Jika anda suka untuk bersaing dengan para pemain lain di seluruh dunia ataupun bersama sahabat-sahabat di Facebook anda, maka anda boleh berasa lega kerana dengan memiliki fail apk permainan piano ini dan download Piano Tiles 2, anda akan mendapat dua mod permainan: mod tradisional arked, di mana anda bermain lagu-lagu yang ditawarkan sehingga ia berakhir, atau mod ‘Hall’ di mana anda akan bersaing dengan semua pemain di seluruh dunia. Mungkin anda akan menjadi pianist online yang tersenarai sebagai yang terbaik diseluruh dunia dengan aplikasi ini! Jika anda berjaya bermain satu muzik dalam mod biasa, anda layak untuk ‘masa tambahan’ (extra time). Kemudian anda mendapat satu siri ‘endless tiles’ sehingga anda kehabisan masa atau terlepas sesuatu.

Permainan piano secara online ini juga menawarkan pelbagai lagu yang akan menguji tahap kepantasan jari dan fikiran anda. Antara lagu yang ditawarkan ialah Little Star, Beyer No.8, Bluestone Alley, Nocturne Op. 9 No. 2, dan puluhan lagu lain. Dapatkan fail Piano Tiles 2 APK sekarang!

 

rsz_piano-tiles-free-download

 

Ciri- ciri Menarik yang dimiliki apabila download Piano Tiles 2

1) Boleh bersaing dengan para pemain di seluruh dunia dan menjemput sahabat di Facebook anda untuk bermain bersama anda.

2) Mempunyai kesan visual bunyi dan animasi yang lebih hebat berbanding versi yang pertama!

3) Lebih mudah difahami dan menarik

4) Mempunyai pilihan untuk bermain musik di “Level,’Selection’, atau para pemain boleh menyimpan lagu kesukaan mereka di ‘Favourite’!

Suka kan cabaran? Tunggu apa lagi!

Download game ini di telefon Android anda! Dapatkan Piano Tiles 2 APK dan muat turun permainan piano online ini sekarang!

Incoming search terms:

Free

APK file

Download



MoboMarket Apk

MoboMarket Apk

Dengan perkembangan teknologi yang pesat

4sharedmusic download

4sharedmusic download

Setiap pemilik telefon pintar Android

Download Photogrid

Download Photogrid

Dengan penciptaan kamera dan teknologi

Download Joox Music

Download Joox Music

Kepada para pengguna peranti Android

Download Piano Tiles 2

Download Piano Tiles 2

Jika anda berasa bosan di

Research : Download play store download apk